Quantcast
Channel: SUARA LENSA
Viewing all 1319 articles
Browse latest View live

Jangan ambil kesempatan terhadap kenaikan 'ciput' yuran penerbangan!

$
0
0

Lebih 40 tahun kadar yuran penerbangan tidak disemak semula merupakan antara faktor relevan kepada cadangan pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk melaksanakan kadar baharu.


Pada ketika ini, Malaysia merupakan antara negara yang paling murah yuran penerbangannya berbanding negara-negara lain di dunia iaitu.

Hanya pada kadar RM800 untuk caj yang dikenakan untuk pesawat Airbus 320 melebihi 45,000KG ketika ini bagi laluan sepanjang 400 batu nautika (740km) berbanding negara-negara lain seperti New Zealand dengna caj sebanyak RM3,279, Azerbaijan (RM2,798), Thailand (RM1,940), Vietnam (RM1,019),Hong Kong (RM861) dan Indonesia (RM350).

Sebenarnya, ia pada dasarnya adalah bertujuan memenuhi standard pelan pengurusan trafik udara global oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menerusi pelan Penambahbaikan Blok Sistem Penerbangan (ASBU).

Cadangan DCA juga dilihat dapat membawa kelebihan dari segi tawaran perkhidmatan, peralatan dan keanggotaan yang lebih baik.

Apabila cadangan ini dibangkitkan, kelihatan ada pihak-pihak tertentu sudah membuat kira-kira untuk menaikkan harga penerbangan syarikat mereka. Kenyataan-kenyataan media seperti sudah dikarang dengan mendakwa kenaikan kadar yuran mengakibatkan syarikat terpaksa menanggung risiko kerugian.


Namun, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam reaksi awalnya berhubung cadangan DCA itu dimaklumkan bahawa kenaikan tersebut adalah dalam kadar minimum.

Tambah Tiong Lai lagi, pihak berkepentingan dalam industri penerbangan sememangnya faham tentang hasrat DCA bagi melaksanakan cadangan tersebut. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, tempoh lama sehingga lebih 40 tahun kadar yuran tidak disemak dan pelan ASBU merupakan faktor yang perlu ditekankan.

Oleh yang demikian, pihak-pihak berkepentingan di dalam industri penerbangan juga harus memainkan peranan mereka di dalam pembangunan industri negara. Jangan jadikan isu seperti kenaikan harga minyak sebagai punca kenaikan harga barang. Tetapi apabila harga minyak turun, harga barang tidak pula turun!

Kerajaan sedaya upaya membangunkan industri-industri penting dalam negara. Adalah tidak adil sekiranya pihak-pihak yang berjaya melalui projek-projek kerajaan ini enggan berkorban sedikit untuk masyarakat.

Jangan lupa temujanji kita esok! #GempakKeluargaFelda #KotaTinggi

$
0
0

Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama sertai keriangan dalam program Gempak Keluarga Felda di Kota Tinggi esok!


Untuk makluman pembaca, program ini akan berlangsung di Padang Awam Felda Lok Heng Barat bermula jam 10 pagi - 10 malam.





Pelbagai acara menarik menanti pengunjung antaranya :

Sukaneka (3 on 3 , Dat , Puzzle , Takraw Gila , Basikal Lambat , Mewarna Dewasa , Makan Karipap Terpantas , Mewarna kanak-kanak)
Persembahan artis termasuk artis - artis Akademi Fantasia
Wira Sado Felda

Dan yang paling gempak ialah cabutan bertuah! Mana tahu hadiah utama motorsikal, lembu dan 5 buah basikalmenjadi milik anda!

Program jelajah Gempak Keluarga Felda anjuran bersama FELDA, Felda Global Ventures Holdings (FGV), Yayasan Felda, Astro Malaysia Holdings, Yayasan Mesra dan Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi ini merupakan program yang tidak asing lagi buat warga Felda.

Gambar ketika Gempak Keluarga Felda di Keratong, Pahang
Jelajah Gempak Keluarga Felda mensasarkan kumpulan pelanggan dalam kalangan komuniti Felda dan daerah di sekitarnya dan bertujuan mengetengahkan usahawan generasi Felda selain

memperkenalkan produk-produk mereka di lokasi berdekatan bandar-bandar utama.

Jumpa anda di sana!!!


Debat Rahman Dahlan VS Guan Eng batal - Ini kenyataan TV3

$
0
0

Pengajuran debat antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng berhubung isu hangat di Pulau Pinang terpaksa ditunda pada tarikh lain yang akan diberitahu kemudian.


Ini bukan keputusan saja-saja daripada pihak penganjur Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad tetapi diarahkan oleh pihak berkuasa.

Berikut merupakan kenyataan daripada Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah,

Setelah mengambil kira nasihat daripada YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Dato' Azam Baki, Rangkaian 

Televisyen Media Prima Berhad telah memutuskan untuk menunda debat diantara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang sepatutnya disiarkan secara langsung di TV3 Selasa ini.

TV3 menghormati pendapat Tan Sri Khalid dan Dato' Azam bahawa debat ini mungkin akan menganggu siasatan pihak berkuasa dalam isu kontroversi tanah Taman Maggis dan Banglo milik YAB Lim di Pulau Pinang.

Debat itu ditunda sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Terima kasih.

Keputusan ini bagi Suara Lensa adalah satu tindakan yang tepat. Namun dalam masa sama Suara Lensa juga beranggapan bahawa pihak Guan Eng sememangnya faham dengan situasi ini.

Barangkali mereka sudahpun menyedari bahawa pihak berkuasa pasti tidak akan membenarkan penganjuran debat tersebut.

Biasalah, Guan Eng terkenal dengan budaya berdolak dalihnya... Selepas ini akan muncullah beliau diceramah-ceramah rakyat menuduh kerajaan penakut dan sebagainya. Kononnya BN takut untuk berdebat dengannya...

*Dolak-dalih tak laku...

Tangani igauan ngeri Gen Y

$
0
0


Permasalah kewangan seperti disenarai hitam oleh institusi perbankan antara igauan ngeri yang sering menimpa generasi muda atau Gen Y hari ini.

Kesukaran mendapatkan pimjaman untuk membeli rumah kediaman misalnya adalah sesuatu permasalahan yang hendak dielakkan dan perlu dibendung daripada terus menyelubungi generasi muda.

Hutang-hutang yang mengelilingi pinggang akibat daripada terlalu mengikut kehendak nafsu antara punca daripada kegagalan pengurusan kewangan yang baik.

"Nak beli rumah, kenderaan dan melabur tidak boleh.

"Anak-anak kita terpaksa melalui zaman yang tidak baik. Kita perlu memudahkan mereka agar dapat menanganinya (pengurusan kewangan) dengan baik."



Demikian kata Ahli Lembaga Pengarah Felda yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid ketika menghadiri program Gempak Keluarga Felda semalam.

Program yang berlangsung di Padang Awam Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi itu dianjurkan oleh FELDA bersama-sama dengan Felda Global Ventures Holdings (FGV), Yayasan Felda, Astro Malaysia Holdings, Yayasan Mesra dan Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi.

Dalam perkembangan sama, progam Jelajah Gempak Keluarga Felda ini turut disertai pihak-pihak perbankan dalam negara bagi memberi penerangan dan penjelasan khusus berkaitan pengurusan kewangan terutama sekali kepada golongan belia Felda.

Bagi Suara Lensa, didikan dalam soal pengurusan kewangan ini perlu diterap dan difahami dengan baik. Jika tidak, sia-sia sajalah program atau bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia dan program terbaharu, MyDeposit.

Peruntukkan berjumlah RM200 juta itu ditawarkan kepada mereka yang ingin membeli rumah pertama. Adalah sayangnya jika Gen Y gagal merebut peluang yang ada akibat daripada kegagalan mengurus kewangan sendiri dengan baik.



Selain itu Noor Ehsanuddin turut berharap supaya golongan belia menyahut saranan kerajaan bagi memenuhi keperluan industri dalam bidang-bidang kemahiran.

Jelas beliau, generasi belia Malaysia seharusnya mempunyai keupayaan di dalam industri-industri besar seperti kimpalan, minyak dan gas serta seumpamanya.

Sebab itu Gen Y perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran sewajarnya. Tambahan pula kerajaan sememangnya memberi galakkan terhadap kelahiran generasi muda di dalam bidang-bidang kemahiran.

Ia sekaligus berupaya memenuhi permintaan tinggi daripada industri yang dahagakan penyertaan anak tempatan.

Perang teksi-Uber : Pengguna beri isyarat

$
0
0

Sejak kebelakangan ini pemandu teksi di seluruh dunia 'menguasai' sisi-sisi dada akhbar dengan penganjuran demonstrasi jalanan dan beberapa insiden pergaduhan.

Di London, pemandu teksi bertindak menyerbu pejabat operasi Uber dan membelasah seorang pemandu aplikasi atas talian itu.


Sebelum itu di Indonesia, satu demonstrasi besar-besaran diadakan di ibukota republik negara itu sekaligus mengakibatkan aktiviti trafik lumpuh buat seketika.

Begitu juga di Malaysia apabila sekumpulan pemandu teksi bertindak mogok di sekitar Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga situasi ini hanyalah sebahagian daripada apa yang berlaku membabitkan pemandu teksi di seluruh dunia ketika ini. Tidak lain tidak bukan mereka mahu mendapatkan perhatian orang ramai serta melancarkan 'perang' terhadap perkhidmatan Uber dan seumpamanya.

Dalam masa sama mereka juga seolah-olah memberikan mesej bahawa hanya pemandu teksi sahaja yang layak membawa penumpang walaupun perkhidmatan yang diberikan dikategorikan sebagai 'sampah'.

Suara Lensa secara peribadinya turut tidak menyokong perkhidmatan Uber sepenuhnya 100%. Ini kerana perkhidmatan itu tidak berdaftar secara sah dengan agensi-agensi penguasa Malaysia. Ia sekaligus mengundang risiko-risiko berlakunya jenayah seperti rogol, culik dan sebagainya.


Namun, nampaknya Uber tetap menjadi pilihan masyarakat. Kebanyakkan daripada mereka mengakui risiko tersebut namun mereka sebenarnya tiada pilihan. Perkhidmatan teksi sudah terpalit dengan 'isu turun-temurun' yang tidak nampak sinar perubahan. Jika ada pemandu Uber di luarnegara yang merogol penumpangnya, pemandu teksi juga pernah melakukan jenayah sedemikian tidak lama dahulu bukan?


Bagi pemandu teksi, perkhidmatan Uber tidak sesekali direstui berada atas jalanraya menggantikan mereka untuk mengangkut penumpang - walaupun kualiti yang ditawarkan Uber jauh lebih baik berbanding mereka.

Biarpun penumpang hari ini bertambah tertarik kepada Uber namun para pemandu teksi menjadikan Uber sebagai penabur pasir ke dalam periuk nasi mereka. Kelihatan Uber akan diperangi secara habis-habisan.

Hebat dan dahsyatnya perang yang dicetuskan ini sehingga mereka (pemandu teksi) lupa untuk menjenguk cermin melihat diri sendiri.

Apa dan bagaimana tahap perkhidmatan mereka?

Berpengalaman selama berpuluh-puluh tahun di atas jalanraya sebagai pemandu teksi tidak mampu membuatkan mereka berkualiti daripada yang lain. Jika tidak, mengapa masyarakat semakin menolak perkhidmatan mereka?

Pernah atau tidak pemandu teksi ini mengambil sedikit masa untuk memikirkan perkara sedemikian?

Sahabat blogger RMF7 ada menyiarkan artikel berkaitan tahap perkhidmatan teksi di seluruh dunia. Apa yang paling menyedihkan apabila kajiselidik yang dijalankan dan dikeluarkan oleh laman web London Cabs itu mendapati bahawa perkhidmatan teksi di Malaysia menduduki tempat teratas paling buruk!


Apakah pemandu teksi di Malaysia tidak malu pada kajiselidik yang dikeluarkan itu? Atau kekal dengan pendirian menyalahkan orang lain?

Pemandu teksi ini mungkin juga tidak menyedari bahawa ada dikalangan pemandu Uber ini pada asalnya juga pemandu teksi seperti mereka. Namun mereka terpaksa beralih kepada Uber kerana terkesan dengan kegiatan-kegiatan negatif yang sering diamalkan sejurus sahaja enjin teksi dihidupkan setiap hari.

Sikap biadap, tidak mesra pelanggan, enggan menerima penumpang atas alasan peribadi dan hanya menjadikan meter sebagai perhiasan merupakan antara faktor utama kenapa industri teksi semakin ditolak masyarakat.

Sebelum menuduh orang lain menabur pasir ke dalam periuk nasi kalian, adalah lebih baik bertanyakan sendiri kepada masyarakat itu sendiri?

Pastikan meter diaktifkan serta tidak diubahsuai dan tanya soalan-soalan mudah macam ni :


  • Kenapa teksi semakin tidak mendapat tempat dikalangan masyarakat?
  • Saya biasa guna Jalan A, atau tuan/puan ada jalan lain?
  • Adakah teksi saya selesa dan berbau harum?
  • Adakah penghawa dingin teksi saya sejuk?
  • Adakah saya senyum?
  • Adakah layanan saya cukup mesra?
  • Bagaimana cara pemanduan saya?

Bukannya mengadu domba dengan menyalahkan si polan dan si polan!

Berpijaklah dibumi nyata dan bermuhasabah diri. Suara Lensa percaya bahawa tindakan sebahagian pemandu teksi ini telah mengakibatkan industri teksi dalam negara tercemar. Ada sebahagian lagi pemandu teksi lain yang masih mengamalkan sikap positif serta menjadi duta kecil Malaysia yang baik dimata pelancong. Namun apa boleh buat, kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

*Menuding jari kepada pihak lain itu memang mudah tetapi jangan pula lupa, 3 jari yang lain sedang terarah pada diri sendiri.


Lagu tuding-menuding

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus...
Macam mana aku tak kurus, ikan tak timbul-timbul.

Ikan oh ikan kenapa tak timbul-timbul...
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput kenapa panjang sangat...
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau kenapa tak makan rumput...
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit.

Perut oh perut kenapa engkau sakit...
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.

Nasi oh nasi kenapa engkau mentah...
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.

Kayu oh kayu kenapa engkau basah...
Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku.

Hujan oh hujan kenapa timpa kayu...
Macam mana aku tak timpa, katak panggil aku.

Katak oh katak, kenapa engkau panggil hujan...
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.

Ular oh ular kenapa nak makan katak...
Macam mana aku tak makan, memang makanan aku!

Pengerusi Bersih GAGAL batalkan pertuduhan #Bersih4

$
0
0

"Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk melepas dan membebaskan pemohon daripada pertuduhan dan tidak dapat menangguhkan perbicaraan. Permohonan tidak mempunyai merit atau justifikasi dan seharusnya ditolak."


Demikian keputusan Mahkamah Tinggi ketika menolak permohonan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah untuk membatalkan pertuduhan keatasnya.

Maria Chin diheret ke mahkamah berikutan penganjuran himpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan tanpa memberikan notis 10 hari kepada Ketua Polis Daerah Brickfields sebagaimana yang sepatutnya dibuat.

Himpunan tersebut berlaku pada 29 Ogos 2015 di hadapan pusat membeli-belah NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan.


Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah ketika membacakan penghakimannya berkata, merujuk pada afidavit, pemohon tidak menyatakan bahawa notis diberikan kepada Ketua Polis Brickfields bagi memaklumkan penganjuran himpunan tersebut.

Pemohon bagaimanapun hanya menyentuh tentang notis berhimpun di Dataran Merdeka yang dikemukakan secara serahan tangan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi. Selain Arina Ong Xin Yi, Maria turut diwakili peguam yang juga pernah menduduki kerusi Pengerusi Bersih sebelum ini, Datuk S. Ambiga.


Pertuduhan terhadap Maria Chin dikemukakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.

Sebagaimana yang terkandung di dalam Akta Perhimpunan Aman itu, pihak penganjur sememangnya perlu memberikan notis 10 hari kepada pihak berkuasa. Inilah Malaysia yang mengamalkan demokrasi tanpa sebarang sekatan.

Boleh berhimpun, tetapi kenalah maklumkan pada pihak berkuasa seperti polis bagi tujuan keselamatan dan langkah berjaga-jaga sekaligus dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.



Anak angkat McDonald's, Ecah terus disayangi dan diambil berat

$
0
0

Tragedi digilis lori sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya putus Januari lalu tidak mematahkan semangat adik Siti Nuraisyah Syahrin untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa.

Biarpun kemalangan itu kekal di dalam memorinya, Siti Nuraisyah atau lebih mesra dengan panggilan Ecah hari ini kelihatan bertambah manis dan ceria apabila kembali meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap.


Selepas bercuti seketika, raut wajah Ecah kini bertambah gembira dan semangatnya meningkat pulih apabila rakan-rakan dan guru-gurunya meraikan kepulangan Ecah ke sekolah.


Memastikan keceriaan dan semangat Ecah kekal baik, restoran popular McDonald's Malaysia tampil memberi pelukan dengan menjadikan pelajar tingkatan 1 itu sebagai anak angkatnya.

McDonald's Malaysia berasa terpanggil membantu mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung keluarga Ecah menerusi tanggungjawab sosial (CSR) mereka. Justeru itu biasiswa berjumlah RM5,000 diberikan kepada Ecah bagi memenuhi keperluan pembelajarannya dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.


Selain wang tunai berjumlah RM2,000, McDonald's Malaysia juga menghadiahkan buku-buku rujukan dan ulangkaji bernilai RM300 serta baucar tunai McDonald's selama setahun bernilai RM400 kepada Ecah.

Sedia maklum, McDonald's Malaysia menerusi badan kebajikannya RMHC (Ronald McDonald House Charities Malaysia) kerap muncul mendampingi masyarakat yang memerlukan terutamanya membabitkan kanak-kanak dan golongan remaja.


Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan merupakan tiga fokus utama RMHC kepada golongan sasaran. Baca di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang RMHC.

Sementara artikel berkaitan biasiswa pula, Suara Lensa pernah menyiarkannya secara eksklusif di sini.

Bersama peneroka FELDA dulu dan kini

$
0
0

Suara Lensa mungkin tidak berkesempatan mengikuti secara dekat pengasas dan insan yang membangunkan FELDA, allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, namun Suara Lensa masih dikelilingi oleh masyarakat warga emas yang tidak pernah jemu menceritakan setiap peristiwa yang berlaku semasa FELDA hendak dibangunkan.


Kisah-kisah perit yang dilalui peneroka terdahulu bersama-sama allahyarham Tun Abdul Razak dijadikan pembakar semangat buat generasi baharu FELDA hari ini.

Soal mendekati masyarakat peneroka ini sebenarnya sudah diamalkan sejak dahulu lagi. Namun ia mungkin sedikit berbeza dengan suasana hari ini. Dahulu mereka lebih tertumpu kepada soal pembangunan FELDA dan penerokaan tanah bagi tujuan membuka tanah rancangan.


Kini, perjuangan dan keperluan generasi baharu FELDA tidak sama dengan generasi awalnya. Mereka tidak lagi perlu bersusah payah membanting tulang empat kerat menebas hutan untuk mendirikan perkampungan. Keperluan generasi baharu FELDA berubah mengikut peredaran semasa.

Antara topik yang paling hangat dibualkan generasi muda ini ialah berkaitan kelahiran usahawan berjaya dikalangan anak peneroka termasuk pembangunan modal insan.

Sabtu baru-baru ini, 16 April 2016 telah berlangsungnya program jelajah Gempak Keluarga Felda (GKF) di Padang Awam Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi dengan jayanya.


GKF yang sudah menjelajah ke 8 lokasi di seluruh negara sebelum ini dirasmikan oleh Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Hadir sama Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holding Berhad Dato’ Zakaria Arshad dan Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Selain menjadikan GKF sebagai platform menjalankan tanggungjawab sosial Kumpulan FELDA, matlamat utama penganjuran program ini adalah bagi mendekatkan kepimpinan kepada masyarakat dengan pelbagai aktiviti yang disusun sepanjang karnival berlangsung.

Ternyata, GKF memberi manfaat berguna kepada para pengunjung terutama sekali membabitkan masyarakat peneroka dan golongan belia.

Bukan sahaja persembahan hiburan semata-mata, namun GKF turut diisi dengan program-program berbentuk ilmiah seperti ceramah agama.

Selain itu, ia juga membuka peluang kepada anak syarikat FELDA mempromosikan dan mengadakan jualan produk pasaran FELDA secara langsung kepada pengguna.


Namun apa yang paling menarik bagi Suara Lensa ialah mengenai pembukaan Kaunter Penerangan Jabatan sepanjang berlangsungnya GKF ini.

Ia sekaligus memudahkan peneroka dan pengunjung membuat pertanyaan dan berkongsi permasalahan terus kepada pegawai yang berkaitan.

Kaunter ini yang merupakan inisiatif FELDA melalui Jabatan Pembangunan Komuniti, mengharapkan segala permasalahan peneroka dapat diselesaikan dan disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Sedikit fakta mengenai FELDA :

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Malaysia (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah.

Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakanprojek-projek pembangunan tanah dan memudahkan dan melaksanakan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru. Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya.

Sejak itu, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti teras dan yang berkaitan. Antara yang terbesar adalah Koperasi Permodalan FELDA (KPF), FELDA Global Ventures (FGV) dan FELDA Investment Corporation (FIC).

Hari ini, FELDA akan terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya berpendidikan tinggi untuk meningkatkan sosio ekonomi mereka dan memastikan rancangan FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi di samping merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil.

FELDA mensasarkan untuk menjadi ‘Economic Powehouse’ dalam menjana pelbagai aktiviti ekonomi pada tahun 2020 dengan program 'berstrukturnya dan masyarakat besar yang mempunyai pelbagai potensi.


yang sebenarnya, siapa akan ganti tempat pekerja asing dalam sektor 3D?

$
0
0

Ada ke pekerja-pekerja tempatan terutamanya golongan belia yang berani menyahut cabaran menjadi pekerja di sektor 3D (Dirty, Difficult and Dangerous) - kerja-kerja yang kotor, sukar dan berbahaya?

Jika ada, kenapa industri-industri masih tidak menerima 'resume' daripada mereka? Atau mereka memilih sangat barangkali... hendakkan gaji setaraf Ketua Pengarah?

Kurangnya penyertaan pekerja tempatan di dalam sektor 3D adalah kerana mereka terlalu 'manja' dan tidak mampu menggalas tugas berat? Atau faktor gaji murah menjadi isu pokok?


Erti kata lain, syarikat-syarikat atau kilang-kilang besar hanya berminat menggajikan pekerja asing kerana enggan mengeluarkan belanja tinggi untuk kos operasi - gaji pekerja.

Demikian antara persoalan-persoalan yang bermain difikiran ramai pihak ketika ini terutama sekali membabitkan mereka di dalam industri. Kebanyakkan syarikat tengah pening kepala memikirkan bagaimana mahu meneruskan operasi syarikat mereka tanpa pekerja?

Jika mahu berdebat tentang gaji yang ditawarkan industri, pihak berkuasa pastinya sudah ada jalan penyelesaiannya dengan menetapkan gaji minima.

Bertebaran pekerja asing masih bernafas di bumi Malaysia sekalipun dikatakan bergaji rendah. Sebab apa, sebab mereka tidak hanya tertumpu pada satu kerja semata-mata. Tempoh masa 24 jam yang ada dibahagikan dengan sebaik mungkin.

Bukanlah penulis hendak mengagung tinggi sangat tahap kekuatan fizikal dan mental para pekerja asing ini. Namun ia merupakan situasi yang berlaku pada hari ini. 8 pagi sampai 5 petang bekerja sebagai buruh binaan. 7 malam sampai 12 tengah malam bekerja sebagai pencuci di 'car wash'. Bukanlah perkara asing bagi pekerja asing.

Benar, Malaysia - Bangladesh memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat bagi tempoh tiga tahun. Namun pada pertengahan Februari lalu kerajaan membuat keputusan menangguhkan sementara kemasukan pekerja asing ke dalam negara termasuk membabitkan pekerja dari Bangladesh.

Oleh yang demikian, sepertimana tajuk diatas, siapakah yang sebenarnya bakal mengisi kekosongan pekerjaan di sektor 3D?

Belum dapat menjawab persoalan itu, timbul pula rintihan para petani dan peladang yang mengadu tentang kekurangan tenaga kerja. Sementara permit 5 tahun bagi pekerja mahir di bawah program pengampunan 6P bakal tamat dan para pekerja akan dihantar pulang ke negara asal mereka menjelang Jun ini.


Perkara itu dibangkit oleh pengusaha ladang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wee Ka Siong. Kata mereka, tenaga kerja berkurangan sehingga 30%.

Wee Ka Siong yang juga merupakan Timbalan Presiden MCA dalam pada itu berharap agar permasalahan membabitkan pekerja asing mendapat pertimbangan daripada kerajaan sekaligus berupaya menangani isu kekurangan tenaga kerja.

Suara Lensa : Hendak mengharap pada penyertaan pekerja tempatan sampai bila? Sampai buah menjadi busuk diladang baru hendak dijual atau dieksport?

El Nino : FGV yakin lepasi sasaran jualan

$
0
0

Cuaca panas El Nino yang melanda negara ketika ini telah menjejaskan sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti dalam industri pertanian, peladangan, penternakan dan seumpamanya.

Ini termasuklah membabitkan pengeluaran kelapa sawit apabila aktiviti pengeluarannya merudum antara 6 peratus hingga 10 peratus. Bukan sahaja Malaysia, negara jiran Indonesia juga mengalami nasib sama.


Namun anak syarikat Felda iaitu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tetap yakin mampu mencapai sasaran jualan kelapa sawit sekalipun berdepan masalah kekurangan pengeluaran.


Dalam masa sama, kurangnya pengeluaran kelapa sawit ini juga membawa kepada peningkatan harganya. Ini merupakan sifir mudah dalam ilmu perniagaan apabila kurangnya pengeluaran dan tingginya permintaan maka paras harga turut berganjak naik.

Ketua Kluster Huluan Sawit Datuk Abd. Halim Hamid dalam pada itu menyifatkan pengeluaran kelapa sawit akan menjadi normal dan meningkat apabila cuaca kembali berubah seperti sedia kala.


"Kehilangan pendapatan ini bagaimanapun tidak menjejaskan FGV dan saya jangka hasil ini akan meningkat semula dalam tempoh separuh kedua tahun ini,"

Tanggungjawab sosial korporat

Baru-baru ini, FGV menerusi anak syarikatnya MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM381,000 kepada golongan asnaf di Perlis.

Jelas Abd Halim, ia adalah sebahagian daripada keseluruhan RM5 juta zakat perniagaan MSM, RM3.5 juta diperuntukkan kepada Perlis.

Pada tahun lepas, FGV telah menyerahkan sejumlah RM18.3 juta kepada pusat-pusat zakat negeri-negeri.

#PRN11Sarawak : MCA jadi 'kuli'

$
0
0

Parti komponen Barisan Nasional (BN) kedua terbesar selepas UMNO iaitu MCA bersedia untuk dikerahkan sebagai 'kuli' pada tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri ke 11 (PRN11) Sarawak tidak lama lagi.

Kenyataan itu dilafazkan sendiri Timbalan Presiden MCA Datuk Dr. Wee Ka Siong ketika mengadakan sidang media di Putrajaya sebentar tadi.


Menurut Ka Siong, adalah menjadi tanggungjawab parti (MCA) untuk bekerja keras membantu mana-mana parti komponen dalam BN apatah lagi pada musim pilihanraya.

Pastinya jentera-jentera MCA akan dikerahkan di setiap pelusuk Sarawak bagi memastikan kemenangan calon-calon BN yang bertanding.

"MCA hadir sebagai sokongan moral kepada rakan-rakan yang bertanding di Sarawak. Itu memang tanggungjawab kita untuk membantu rakan-rakan dalam BN untuk menang dalam pilihanraya.

"Presiden parti, saya, menteri-menteri dan timbalan menteri dari MCA akan turun ke sana. Kita akan jadi kuli," katanya berseloroh.


Inilah maksud disebalik perkataan 'kuli' yang disebut Ka Siong. Membuktikan MCA sentiasa bersedia bekerja keras dan bertungkus lumus memastikan kemenangan kekal milik BN.

Dalam masa sama ingin memberikan mesej kepada parti lawan bahawa semangat bersatu padu setiap parti komponen BN tidak sesekali dapat dipecahbelahkan dengan mudah. Berbeza dengan mereka (parti pembangkang) yang saling bertikaman antara satu sama lain dalam pakatan yang dicipta.

Sementara ketika diminta mengulas tentang kononnya wujud sekatan demokrasi di Sarawak sebagaimana dilemparkan sesetengah pihak, Ka Siong menyifatkan ia sekadar isu yang sengaja dimainkan pembangkang.


Ka Siong yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pastinya mempunyai sebab kukuh kenapa sesetengah individu dilarang daripada menjejakkan kaki ke bumi Kenyalang itu.

Bukan pemimpin pembangkang sahaja, pemimpin atau aktivis dikalangan penyokong Barisan Nasional juga mengalami nasib sama. Ia sekaligus membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak memihak kepada mana-mana kelompok atau kecenderungan politik dalam melaksanakan larangan memasuki negeri itu.


Sepertimana yang dijelaskan Adenan sebelum ini, tindakan larangan memasuki Sarawak yang dikenakan kepada sesetengah individu itu dibuat bagi memastikan perjalanan dan proses PRN11 dapat berjalan lancar.

Selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan 11 April lalu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kemudiannya mengumumkan 7 Mei sebagai tarikh mengundi di PRN11 Sarawak. Sementara penamaan calon pada 25 April dan undi awal 3 Mei ini.

Promosi Tahun Melawat Pahang 2017 #HogohPahang #VisitPahang2017

$
0
0

Majlis Pelancaran Promosi Tahun Melawat Pahang 2017 akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Sri Adnan Yaakob pada 21 April 2016 (esok), jam 2.00 petang di Kuantan.

"Guan Eng, jangan kata menteri takut pada kamu"

$
0
0

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diingatkan supaya jangan beranggapan bahawa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berasa takut untuk berdebat dengannya.


Timbalan Presiden MCA yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong turut mengingatkan Guan Eng agar tidak bermegah diri dengan merasakan dirinya sudah 'menang'.

"Bila debat tidak jadi, jangan pula kata menteri takut. Jangan anggap ia sebagai satu kemenangan."


Demikian ujar Ka Siong semasa mengulas tentang pengajuran debat Rahman - Guan Eng yang sepatutnya disiarkan secara langsung di TV3.

Seperti sedia maklum, debat antara Guan Eng dengan Rahman Dahlan dalam isu pembelian banglo dan tanah di Taman Manggis terpaksa ditangguhkan atas saranan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Bahkan stesyen TV3 menerusi kenyataan medianya sebelum ini sudahpun menjelaskan tentang penangguhan debat tersebut adalah kerana menghormati saranan dua badan penguatkuasa.

Dalam masa sama ia (debat) akan ditunda pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

PDRM dan SPRM menyifatkan penganjuran debat berkenaan mungkin akan menganggu siasatan pihak berkuasa dalam isu kontroversi tanah Taman Maggis dan banglo milik Guan Eng di Pulau Pinang.

#PemanduTeksi : "Aku tak goyang pun pada Uber"

$
0
0

Sekalipun isu berkaitan rasa tidak puas hati segelintir pemandu teksi terhadap perkhidmatan atas talian, Uber kelihatan 'sejuk' namun hasutan kebencian terhadap pihak lain termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih giat disebarkan.

Ini berdasarkan pemerhatian penulis sendiri dan rakan-rakan apabila menggunakan perkhidmatan teksi bagi tujuan mengumpul maklumat berkaitan tahap kualiti pemandu teksi secara rawak.


Kata-kata maki hamun dan menyalahkan orang lain menjadi tajuk perbualan sepanjang menaiki beberapa buah teksi di sekitar ibukota. Kononnya dengan berbuat demikian, mereka mendapat simpati orang ramai. Menyalahkan pihak lain dan menyebelahi pemandu teksi yang dikatakan 'dizalimi'.

Namun tidak semua pemandu teksi yang berfikiran kolot sedemikian. Masih ada pemandu teksi yang waras dan yakin pada sumber rezeki yang ditentukan Allah S.W.T (penganut Islam) dan mengikut kepercayaan masing-masing bagi bukan Islam.

SPAD sebagai platform suara industri teksi, bukannya demonstrasi jalanraya

Para pembaca mungkin terdedah dengan komentar-komentar negatif di media sosial. Tetapi disebalik itu, masih wujud komentar-komentar yang bersifat positif.

Antaranya pemilik akaun Facebook bernama Adam Azrye secara tegas menyatakan perasaan tidak gentarnya dengan kewujudan perkhidmatan Uber yang didakwa kononnya menyebabkan pendapatan pemandu teksi terjejas teruk.

"Aku 'driver' teksi... Aku tak pernah goyang ada Uber atau Grab. Sebab aku keluar rumah, aku bekerja. Jadi aku tak melepak buang masa. Orang tahan, aku ambil je... Pergi mana, aku pergi je asalkan ada gaji."


Jadi, sahlah masih wujud pemandu teksi yang berfikiran waras seperti Adam. Beliau juga bergelar pemandu teksi tetapi apa yang membezakan dirinya dengan segelintir pemandu teksi yang mogok di Bukit Bintang tempoh hari adalah sikap masing-masing, rajin atau malas....

Suara Lensa sebelum ini ada juga menyiarkan kisah seorang pemandu teksi warga emas yang begitu seronok bekerja sebagai pemandu teksi tanpa perlu mengharapkan belas ihsan orang lain. KLIK DI SINI

Malah, seorang pemandu teksi yang berfikir di luar kotak dengan memberikan perkhidmatan ala-ala menaiki pesawat penerbangan juga dipuji netizen. KLIK DI SINI

Sebenarnya isu membabitkan pemandu teksi ini jika kita teliti dengan baik, pastinya ia terpalit kepada pemandu teksi itu sendiri. Ini adalah kerana, tuduhan yang dilemparkan kepada lain-lain perkhidmatan seperti Uber bukanlah penyebab utama kepada kemerosotan pendapatan yang dialami segelintir daripada mereka. Soal pokok yang harus dititikberatkan adalah soal kerajinan seseorang pemandu teksi itu menjalankan rutin harian mereka.

Berapa banyak masa dibazirkan dengan aktiviti melepak bermain daun terup, dam haji dan seumpamanya? Bagaimana pula tahap kualiti yang diberikan kepada pelanggan mereka?

Malah tuduhan yang mengatakan pihak berkuasa termasuk SPAD 'tidur' atau tidak menjalankan tugas merupakan tuduhan 'membabi buta' tanpa usul periksa. Suara Lensa juga sebelum ini pernah mengeluarkan artikel mengenai angka tangkapan yang dibuat SPAD semasa operasi membanteras kereta sapu haram termasuk membabitkan perkhidmatan Uber. KLIK DI SINI

SPAD ketika menjalankan operasi membasmi teksi yang gagal menggunakan meter dan aktiviti kereta sapu tanpa lesen.

Pemandu teksi ini juga perlu sedar bahawa ketika ini SPAD hanya berkuasa mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang tertakluk pada kesalahan-kesalahan tertentu. Bukannya semua perkara berada dibawah kuasa SPAD. Ini ramai yang mungkin keliru. SPAD sebenarnya sedaya upaya membangunkan industri pengangkutan awam dalam negara dengan pelbagai usaha dipergiatkan. KLIK DI SINI

Oleh yang demikian, Suara Lensa dan para pengguna perkhidmatan awam yang lain termasuk penumpang teksi pastinya mengharapkan industri teksi dapat dipulihkan sepenuhnya.

Keperibadian dan sikap pemandu teksi itu sendiri perlu diperbaiki sekiranya mahu terus kekal relevan di mata masyarakat dan pelancong asing.

Ayam bermasalah : Ini langkah yang diambil kilang pembekal McDonald's Malaysia

$
0
0

Seperti yang dijanjikan, pada hari ini penulis akan mengakhiri artikel berkaitan lawatan ke kilang pembekal McDonald's Malaysia iaitu Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (DPP) yang terletak di Sitiawan, Perak.

Artikel terdahulu :
Info yang perlu anda tahu tentang kilang pembekal McDonald's - Dindings Poultry Processing

Cara pemprosesan ayam McDonald's

Berikut adalah jawapan kepada persoalan tentang bagaimana pihak kilang pembekal menyekat serta menangani isu-isu seperti wabak penyakit, permasalahan-permasalahan semasa membabitkan produk keluarannya.


Sebelum itu, penulis ingin menjelaskan sekali lagi bagi mengelakkan pembaca terkeliru. Kilang pemprosesan yang menjalankan aktiviti seperti penyembelihan dan pembersihan diuruskan oleh DPP sementara aktiviti ternakan pula dikendalikan oleh Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC).

Kedua-dua DPP dan DPDC ini merupakan syarikat dibawah kumpulan Malayan Flour Mills Berhad (MFM).

Baiklah, berbalik kepada persoalan berbangkit di atas, penulis diberitahu sekiranya wabak penyakit atau permasalahan melanda ayam ternakan di reban DPDC maka pihak syarikat akan mengambil langkah mengutamakan keselamatan pelanggan dan mengurangkan risiko kerugian



Bermakna, kesemua ayam yang ditempatkan di reban terbabit akan dihapuskan serta-merta walaupun penyakit yang menimpa produk mereka boleh diubati.

Lebih baik buang kesemuanya. Kalau dipelihara juga, syarikat terpaksa menampung kos yang belum tentu membawa untung. Kalau boleh diubati oklah tiada masalah, bagaimana kalau sebaliknya? Merugikan masa dan duit saja.

Bagaimanapun, MFM menegaskan bahawa peratus kemasukan wabak penyakit atau permasalahan membabitkan produk keluaran ladang mereka adalah sangat rendah. Ini kerana kilang-kilang mereka memiliki ciri-ciri keselamatan yang begitu baik dan selamat.

Pengarah Hal Ehwal Pembangunan Perniagaan & Korporat MFM, Azhari Arshad ketika memberi penerangan.
Pengamal media dan rombongan McDonald's kelihatan tekun mendengar taklimat dan penerangan yang disampaikan.

Lihat sajalah bagaimana payahnya mahu memasuki tempat pemprosesan ayam di DPP. Malah boleh dikatakan kawalan keselamatan mereka sangat 'melecehkan' pelawat yang tidak biasa seperti penulis.

Tidak cukup dengan itu, badan-badan penguatkuasa yang terlibat seperti Jabatan Veterinar dan agensi-agensi kerajaan yang lain turut memantau segala operasi kilang sebelum menerima sijil-sijil kelayakan mahupun pengesahan tertentu.

Sekiranya DPP memiliki sijil antaranya ISO - Sistem Pengurusan Kualiti dan Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan, DPDC pula dirujuk berdasarkan pada pensijilan MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practices).

Dari kiri; Pengarah Eksekutif Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC) Ang Pun Heng, Pengarah Hal Ehwal Pembangunan Perniagaan & Korporat MFM Azhari Arshad, Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar dan Pengurus Besar DPP Tony Wo Kah Keat

MyGAP adalah penjenamaan semula Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM). Ia juga merupakan skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, akuakultur dan ternakan.

Dalam perkembangan lain, cuaca panas El Nino yang melanda negara ketika ini menjejaskan beberapa industri termasuk pertanian dan penternakan. Kurangnya pengeluaran produk-produk yang menjadi keperluan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Aktiviti import / eksport turut terjejas. Belum lagi dikira kerugian yang menimpa mereka apabila tumbuhan, pokok mahupun haiwan ternakan mati akibat cuaca panas melampau.

Gambar ketika lawatan ke kilang pemprosesan pada 6 April lalu.

Haiwan ternakan seperti ayam juga tidak terkecuali daripada berdepan El Nino. Sehinggakan ia disebut di dalam persidangan Dewan Negara semalam oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Kata Ahmad Shabery, cuaca panas yang melanda negara kini menyebabkanayam mengalami 'stress'yang menyebabkanproses pembesarannya terbantut.

"Ini boleh berlaku apabila ada penternak ayam yang masih menggunakan kaedah lama iaitu kaedah reban terbuka. Apabila suhu tinggi, kadar stress ayam akan meningkat contohnya daripada 38 hari menjadi 40 hari untuk mencapai berat tertentu," ujar Ahmad Shabery.

Berbeza dengan kilang pembekal McDonald's. Ia bukan lagi reban berdindingkan papan yang terdedah dengan persekitaran terbuka. Sebaliknya ia dilengkapi dengan teknologi-teknologi canggih dilengkapi dengan kipas bagi memastikan suhu dalam reban kekal sejuk mengikut keperluan.


Oleh yang demikian, masalah 'ayam stress' tidak memberi kesan langsung kepada bahan mentah restoran popular McDonald's.

Ternyata kilang dan pembekal pilihan McDonald's sejak tahun 2012 ini adalah pilihan tepat. Mematuhi piawaian yang ditetapkan, tahap kebersihan tinggi, patuh syariah dan halal serta faktor kesegaran bahan mentah sememangnya menepati kehendak McDonald's.



Hak Asasi Manusia : Penilaian AS berat sebelah

$
0
0

MAKLUM BALAS TERHADAP LAPORAN NEGARA MENGENAI HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA 2015 OLEH JABATAN NEGARA AMERIKA SYARIKAT

Kerajaan Malaysia merujuk kepada Laporan Negara Hak Asasi Manusia 2015 mengenai Malaysia yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada Laporan Tahunan Hak Asasi Manusia Negara-Negara yang merangkumi di 195 buah negara dan wilayah.


Kerajaan Malaysia ingin menjelaskan bahawa laporan yang dikeluarkan adalah berdasarkan maklumat yang tidak berasas dan sebahagian besarnya bergantung pada sumber-sumber yang objektivitinya boleh dipersoalkan. Kerajaan Malaysia kesal bahawa dakwaan yang terkandung dalam laporan berkenaan bersifat selektif dalam memberi gambaran yang negatif terhadap Kerajaan Malaysia, serta tidak mengambil kira usaha-usaha Kerajaan Malaysia dalam melindungi hak asasi manusia.

Laporan tidak berasas Amerika Syarikat ini disediakan tanpa melibatkan konsultasi rasmi dengan pihak Kerajaan, walaupun Malaysia dan Amerika Syarikat mempunyai hubungan dua hala yang baik. Malangnya, pendekatan berat sebelah yang diambil oleh Amerika Syarikat menolak pemahaman sebenar yang seimbang mengenai fakta-fakta bagi kes serta dakwaan yang dinyatakan dalam laporan berkenaan.

Laporan berkenaan juga jelas mencerminkan penilaian Amerika Syarikat yang berat sebelah berhubung perspektif Kerajaan serta mengabaikan komitmen dan usaha Kerajaan Malaysia berkaitan amalan hak asasi manusia di Malaysia.

Amerika Syarikat terus mengabaikan hak kedaulatan Malaysia dalam menentukan hal ehwal dalamannya, yang mengambil kira keadaan sedia ada dan ancaman kepada masyarakatnya serta tanggungjawab Kerajaan untuk melindungi keselamatan negara dan mengekalkan keamanan dan ketenteraman di negara ini.

Malaysia amat menghargai hubungan dua hala yang progresif dan dinamik dengan Amerika Syarikat dan percaya bahawa hubungan tersebut mampu diperkukuhkan lagi sekiranya Amerika Syarikat memahami dengan jelas isu-isu domestik di Malaysia.

Kerajaan Malaysia terus komited dalam memastikan kenikmatan kebebasan hak asasi seperti yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Malaysia akan terus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan setiap rakyat menikmati kebebasan hak asasi tanpa menjejaskan hak orang lain atau ancaman kepada keselamatan dan kestabilan negara.

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
PUTRAJAYA
22 APRIL 2016

Pemuda UMNO desak TNB bantu ringankan beban pengguna

$
0
0

DESAKAN KEPADA TNB BERI REBAT KHAS EL-NINO

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) prihatin tentang keperitan rakyat yang melalui fenomena El-Nino atau pemanasan suhu permukaan laut yang melanda sekarang ini sehingga mengakibatkan sebilangan sekolah ditutup di negeri-negeri Utara Semenanjung ekoran cuaca panas yang melampau.


Sudah pastinya juga rakyat akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada biasa bagi peralatan elektrik seperti penghawa dingin, kipas mahupun peti sejuk. Sehubungan dengan itu, PPUM mendesak agar Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan rebat khas bersifat "one-off" bagi setiap bulan sepanjang fenomena El-Nino ini bagi mengurangkan beban rakyat.

PPUM beranggapan ini adalah adil kerana pihak TNB tidak sepatutnya melihat kantung korporat semata-mata dengan keuntungan berlebihan ekoran kepanasan terik yang dideritai rakyat. Malahan sebarang cadangan penjimatan penggunaan tenaga tidak sesuai kerana masakan rakyat dapat berjimat menggunakan elektrik apabila keperluan itu sudah terdesak.

PPUM juga mendesak TNB untuk segera menghalusi formula dan kaedah rebat khas ini bagi kepentingan rakyat jelata.

Khairul Azwan Harun ​​​
22hb April 2016

#PRN11Sarawak : NGO mahu tindakan tegas kepada penfitnah - @RameshRaoAKS

$
0
0

PMSP Tuntut Jaminan Pihak Berkuasa Bertegas Ambil Tindakan Tegas Kepada Pemfitnah

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendesak agar Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) lebih tegas dan pantas bertindak kepada pihak yang menyebar fitnah dan hasutan.


Presiden PMSP Ramesh Rao berkata, ketegasan itu penting bagi mengelakkan kejadian seperti demonstrasi Black 505 berulang sekali lagi pada pilihan raya di Sarawak.

Dalam demonstrasi berkenaan pada 2013 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 menyebarkan fitnah dan hasutan ciptaan pembangkang demi menyemai kebencian rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

"Pada masa itu banyak tuduhan mereka kepada BN, antaranya ribuan orang Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi untuk BN, tuduhan peti undi diubah ketika bekalan elektrik terputus (blackout), SPR larikan peti undi, tarif elektrik bakal naik dan pelbagai lagi fitnah.

"Kami tidak mahu melihat demo jalanan 505 lagi," kata Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, media sosial internet seperti Facebook, Twitter dan Youtube perlu dipantau secara berterusan kerana mereka hanya menunggu masa untuk membuat dan menyebarkan fitnah untuk menyebabkan kekalahan BN melalui kebencian.

"PMSP menuntut jaminan dari Ketua Polis Negara dan SKMM untuk mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah berkenaan dengan tegas," kata beliau.

Hari penamaan calon bagi PRN Sarawak ditetapkan pada Isnin ini 25 April manakala pengundi Sarawak akan menjalankan tanggungjawab mereka pada 7 Mei depan.

Pembangkang biasanya akan mencari jalan untuk dapat mengurangkan undi kepada BN walau apa cara sekalipun tambahan pula ketika ini mereka masih belum mampu menyelesaikan masalah akibat pembahagian kerusi.

"Biasanya, apabila mereka sudah tahu mereka pasti kalah dan ada pula masalah yang masih belum dapat mereka selesaikan, pada masa inilah biasanya pembangkang ini akan menggunakan taktik kotor.

"Oleh itu, kami mendesak pihak berkuasa supaya sentiasa berjaga-jaga dan tegas dalam mengambil tindakan menghukum para pemfitnah ini," kata Ramesh.

Kedai koperasi Felda tawar harga runcit murah dan berkualiti

$
0
0

Nama kedai runcit D'Mart atau Coop Mart bukanlah nama asing dikalangan masyarakat Felda seluruh negara.

D'Mart sudah wujud lebih daripada empat dekad dan ia merupakan salah satu daripada aktiviti perniagaan teras Felda Trading Sdn Bhd (FTSB) dengan memiliki hampir 300 cawangan di seluruh negara.


Bagi mengukuhkan operasi dan perniagaan, D'Mart telah menjalani proses inovasi imej yang bersesuaian dengan model perniagaan runcit moden seperti planogram, susun atur dan konsep moden, kepelbagaian jenisan produk yang ditawarkan serta latihan intensif yang diberikan kepada kakitangan bersesuaian dengan perlaksanaan konsep peruncitan moden.

Dengan penglibatan D'Mart dalam Program Transformasi Kedai di bawah program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi &Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Program TUKAR (Transformasi Kedai Runcit Koperasi Malaysia), ia mampu memberikan impak dan meningkatkan keberkesanan jualan dan operasi harian.


Kini, Coop Mart juga nama yang cukup dekat dihati peneroka Felda apabila menawarkan harga murah termasuk barangan 1Malaysia. Lebih menarik, harga di kedai ini adalah lebih rendah berbanding kedai-kedai di bandar!

Pembeli yang memberi barang keperluan di Coop Mart akan memberi pulangan keuntungan kepada mereka (peneroka) semula selepas dikira hasil keuntungan koperasi setiap tahun.


Untuk makluman pembaca, barangan yang dijual di kedai koperasi ini juga melebihkan produk-produk keluaran Felda itu sendiri. Pada ketika ini, produk-produk Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) seperti Saji Krimer Pekat, Marjerin Sri Pelangi, Marjerin Adela dan Saji Mayo akan mengambil tempat di rak-rak jualan Coop Mart Felda Sg. Koyan 2 dan Tersang 3.


Dalam masa sama produk-produk DOPSB ini juga akan berada dan dipasarkan di cawangan-cawangan Kedai Koperasi yang lain.

DOPSB diasaskan pada tahun 2000 dan dimiliki Felda sepenuhnya, kini mengeluarkan minyak masak jenama Saji, Tiara dan Tiga Udang, Marjerin Seri Pelangi, minyak sapi, lelemak, lemak doh dan salut lemak bagi kegunaan pengguna dan industri.


 Terbaharu, syarikat itu telah melancarkan empat perisa mi segera, susu pekat, susu cair dan mayonis di bawah jenama Saji. Bahkan, produk Delima bukan hanya dipasarkan di dalam negara tetapi juga di rantau ini.

Maklumat lanjut tentang produk keluaran DOPSB boleh rujuk di sini






Pinjaman Mikro Kewangan lebih popular dikalangan penduduk Kg Baru Cina

$
0
0

Pinjaman Mikro Kewangan atau Skim B dalam Skim Pimjaman Khas Penduduk Kampung Baru Cina (PKBC) menjadi pilihan paling tinggi jika hendak dibandingkan dengan Skim A dan C.

Ini sekaligus membuktikan bahawa masyarakat Cina khususnya lebih cenderung menggunakan simpanan sendiri bagi tujuan hartanah.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, daripada keseluruhan 5,286 orang pemohon Skim Pimjaman PKBC, 99 peratus adalah pemimjam dalam Skim B.

Untuk makluman pembaca, terdapat 3 kategori di dalam Skim Pinjaman Khas PKBC ini iaitu :

Skim A
Pinjaman bagi membiayai bayaran premium dan memperbaharui tempoh pajakan tanah kediaman dengan jumlah pinjaman RM3,000 - RM100,000.
Kelayakan :
1. Warganegara Malaysia
2. Penduduk di dalam perkampungan baru Cina dan disahkan pihak berkaitan
3. Pemegang permit Tanah Lesen Menduduki Sementara (TOL) atau tanah pajakan.
4. Pendapatan isi rumah : RM1,000 - RM3,000

Skim B
Pinjaman perniagaan kewangan dengan pinjaman RM5,000 - RM50,000.
Kelayakan :
1. Warganegara Malaysia
2. Penduduk di dalam perkampungan baru Cina dan disahkan pihak berkaitan

Skim C
Pinjaman menaik taraf rumah dengan pinjaman RM3,000 - RM50,000.
Kelayakan :
1. Warganegara Malaysia
2. Penduduk di dalam perkampungan baru Cina dan disahkan pihak berkaitan
3. Pemegang permit Tanah Lesen Menduduki Sementara (TOL) atau tanah pajakan.
4. Pendapatan isi rumah : RM1,000 - RM3,000




Terdahulu, Ka Siong menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Program Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru antara Bahagian Kampung Baru Jabatan Perdana Menteri dan BSN di Menara Usahawan, Putrajaya.

Hadir sama Pengarah Bahagian Kampung Baru Jabatan Perdana Menteri Wee Li Ling, Timbalan Ketua Eksekutif (Perbankan Runcit) BSN Datuk Yunos Abd Ghani, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Abdul Halim Abdul Aziz dan Pengerusi Persatuan Pegawai Kemajuan Perkampungan Sam Cho Wah.

MoU tersebut merupakan keputusan kerajaan menambah dana berjumlah RM20 juta yang disalurkan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi meneruskan Skim Pinjaman Khas PKBC.

Skim Pinjaman Khas PKBC ini dilancarkan pada 21 Julai 2011 dengan peruntukkan oleh kerajaan sebanyak RM100 juta.


Ia juga merupakan salah satu program dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe10) yang dilihat berjaya membantu penduduk Kampung Baru bagi mendapatkan pinjaman mudah dengan hanya dikenakan kadar faedah rendah iaitu hanya 4% berasaskan baki bulanan dalam membayar bayaran premium tanah, membiayai aktiviti perniagaan mikro dan menaik taraf rumah.

Sehingga 31 Disember 2015 iaitu selepas 5 tahun perlaksanaan, sebanyak RM173 juta telah diluluskan dengan memberi manfaat kepada 5,286 penduduk Kampung Baru Cina.

Orang ramai yang layak khususnya penduduk Kampung Baru Cina diminta mengunjungi cawangan BSN terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim yang ditawarkan ini.
Viewing all 1319 articles
Browse latest View live