Quantcast
Channel: SUARA LENSA
Viewing all 1319 articles
Browse latest View live

Penyatuan negara-negara Islam seluruh dunia

$
0
0

Pada sidang kemuncak OIC di Istanbul baru-baru ini (14-15 April 2016), jelas sekali Turki dan semua negara Islam mahukan supaya perlakuan terorisme dan keganasan melampau tidak dikaitkan dengan agama Islam dan umatnya kerana agama Islam  menuntut kepada kedamaian dan keamanan. Ini selaras dengan tema “Unity and Solidarity for Justice and Peace”, yang telah dipilih.

Presiden Erdogan dalam ucapannya di pembukaan sidang OIC tersebut, mencadangkan agar oder antarabangsa perlu dikaji mengikut tuntutan masa dan keadaan geopolitik global yang sudah pun berubah. PBB mengikut pendapat beliau, mesti mencerminkan realiti hari ini dan bukannya realiti pasca Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin.


Umat Islam yang berjumlah suku daripada jumlah penduduk dunia patut menjadi salah satu ahli tetap Majlis Keselamatan PBB. Adalah tidak tepat untuk landskap politik antarabangsa dunia  ditentukan oleh hanya lima buah kuasa besar sahaja. Oleh itu, seruan untuk menyusun semula PBB adalah munasabah dan wajar. Beliau juga menyentuh tentang perlunya kerjasama yang rapat di antara negara-negara Islam bagi mencapai keamanan dan kedamaian dunia. Pola dunia baru mestilah mempunyai keseimbangan persekitaran geopolitik berteraskan politik, ekonomi dan keselamatan serta populasi.

Persoalan geopolitik seringkali menjadi topik penting dalam perbincangan di kalangan ahli akademik dan diplomat di peringkat domestik dan antarabangsa. Mengapakah isu ini menjadi penting dalam hubungan antarabangsa dan diplomasi? Perkara tersebut menjadi lebih kritikal kerana ianya boleh memberi kesan kepada kepentingan negara dalam hubungan dua hala, perjanjian dua hala dan pelbagai hala ataupun triti pelbagai hala. Lantas, akhirnya ia akan memberi impak kepada kepentingan negara dalam isu keselamatan, politik, ekonomi dan sosial. Justeru itu, persekitaran geopolitik perlu diberikan tumpuan secara holistik dalam apa-apa keputusan domestik ataupun hubungan antarabangsa bagi memahami serta mengelakkan kesan negatif, sama ada jangka panjang ataupun jangka pendek kepada rakyat dan negara.

Baca selanjutnya di sini 

PM tekankan bidang keusahawanan, agensi perlu 'take note''!

$
0
0

Hari ini bidang keusahawanan mula mendapat perhatian dikalangan masyarakat kita. Ada saja barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan...

Baguslah, masyarakat kita terutama sekali orang Melayu sudah membuka mata dengan menceburi pelbagai bidang keusahawanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menekankan perkara ini. Katanya banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu para usahawan ini.

Jadi, apabila perkara ini sudah keluar sendiri daripada mulut Perdana Menteri, adalah elok pihak-pihak atau agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan mengurus segala urus kemudahan ini dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.


Zaman 'memberi anak-beranak sanak saudara mara' sudah berakhir. Kerana zaman 1Malaysia ini memberikan keutamaan kepada rakyat!

Segala rangka dan kemudahan sudah dibuat oleh kerajaan dan pihak pengantara perlu menjalankan tanggungjawab dengan telus. Jangan nanti kerajaan pula yang dipersalahkan kerana dikatakan tidak membantu rakyat.

Berikut ucapan penuh Perdana Menteri mengenai bidang keusahawanan :

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam 1Malaysia

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Bidang keusahawanan merupakan sesuatu bidang yang sangat besar manfaatnya kerana potensi pendapatan yang biasanya berlipat ganda lebih besar daripada pekerjaan biasa.

Walaupun begitu, tidak ramai yang mempunyai keyakinan untuk menceburi bidang ini kerana bimbang akan risiko-risikonya. Selain itu, ada juga yang tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan.

Kedua-dua faktor ini biasanya merupakan faktor utama yang menjadi penghalang kepada mereka yang pernah terfikir untuk menceburi bidang keusahawanan. Oleh sebab itu, pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan-kemudahan bagi menggalakkan orang ramai terutama sekali mereka yang dari golongan berpendapatan rendah bagi menceburi bidang keusahawanan.

Bagi mereka yang tidak mempunyai modal, kerajaan menyediakan bantuan modal seperti dana yang dikendalikan oleh MARA, TEKUN, SUPERB, 1AZAM, PUNB dan lain-lain.

Dana-dana ini diberikan dalam bentuk geran, pinjaman berfaedah rendah, pinjaman dalam tempoh bayar balik selepas 2 tahun dan sebagainya. Ini semua merupakan dana yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat untuk mengembangkan sumber pendapatan.

Bagi mereka yang bimbang terhadap risiko, pemberian dana-dana ini diiringi dengan latihan kemahiran. Sebenarnya, salah satu cara mengurangkan risiko perniagaan adalah dengan menimba ilmu pengetahuan. Lebih banyak pengetahuan kita dalam bidang keusahawanan dan juga pengurusan perniagaan, lebih rendah kebarangkalian kita untuk melakukan kesilapan.

Kesimpulannya, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan demi kepentingan rakyat.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

- NajibRazak.com-

Hak OKU mencari rezeki

$
0
0

Rekod pada tahun 2014 menunjukkan seramai 498,906 Orang Kelainan Upaya (OKU) telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Februari tahun itu bagi mendapatkan kad OKU.


Mengikut kategori, OKU yang paling ramai mendaftar ialah golongan yang mengalami masalah pembelajaran iaitu seramai 180,067 orang, masalah fizikal (163,809), masalah pendengaran (59,161), masalah penglihatan (46,875), masalah mental (20,492), masalah pertuturan (3,717) dan 24,785 yang mempunyai masalah pelbagai kombinasi.

Kira-kira 65 peratus daripada jumlah itu adalah orang dewasa.

Sementara pada tahun 2015 pula, kira-kira 4.2 juta OKU dikesan tidak berdaftar dengan JKM berdasarkan statistik penduduk seramai 30.1 juta orang pada tahun 2014.

Ramai tu... Di mana mereka sekarang? Apakah bantuan, kemudahan dan segala keistimewaan dapat dinikmati mereka?

Menyentuh tentang bidang pekerjaan OKU, berapa banyak syarikat-syarikat dalam negara yang memberi peluang kepada golongan ini?

Penulis menganggarkan jumlah syarikat yang memiliki sifat tanggungjawab dengan memeluk erat golongan OKU berada pada tahap yang sepatutnya.

Soal pilih kasih tidak wajar berlaku kerana gologan OKU ini juga ada hak mereka di atas muka bumi ini. Bahkan ada dikalangan mereka yang jauh lebih hebat, berkebolehan dan bertenaga daripada insan normal.





Ketika mengunjungi restoran McDonald sebelum ini untuk berjumpa dengan pekerja OKU Nabil (artikel di sini), penulis dimaklumkan bahawa McDonald’s Malaysia mempunyai 90 hingga 100 orang kakitangan OKU yang bekerja secara separuh masa atau sepenuh masa.


Daripada jumlah itu, 70% daripada mereka bekerja secara separuh masa dan 30% pula bekerja secara sepenuh masa.

Selain itu McDonald’s Malaysia turut bekerjasama dengan beberapa organisasi lain untuk memberi peluang pekerjaan kepada OKU.

Antaranya, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) – Selangor dan Kuala Lumpur di bawah JKM, Malaysian Care Training Centre, Cheras, United Voice, Petaling Jaya, Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang (PKIK), PERKESO menerusi program Return to Work (RTW) dan Job Coach Network Malaysia.

Sekali lagi syabas dan terima kasih kepada McDonald's Malaysia yang tidak mengabaikan golongan OKU dalam negara. Penulis sangat berharap syarikat-syarikat lain dapat mencontohi sifat keterbukaan seperti ini. OKU juga ada hak seperti insan lain.

Apa cerita terbaru Rayani Air?

$
0
0

RM150 ribu kesemuanya, jumlah kos yang dituntut para pelanggan syarikat penerbangan Rayani Air.

Siang tadi, kira-kira 40 wakil yang mewakili 200 pelanggan berhimpun di hadapan pejabat syarikat tersebut bagi menuntut duit tiket penerbangan mereka.


Kebanyakkan daripada pelanggan ini merasakan tertipu apabila sebelum ini mereka diberitahu akan dapat menebus semula duit tiket dalam tempoh 7 - 30 hari sejak April lalu.

Foto - Utusan Malaysia
Kini, tempoh sebulan sudahpun berakhir....

Itu apa yang berlaku antara pihak syarikat dan pelanggan.

Manakala ini pula ceita antara syarikat terbabit dengan pihak kerajaan.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, pihak kerajaan akan memberitahu tentang status syarikat terbabit tidak lama lagi berikutan penggantungan operasinya selama 3 bulan sebelum ini.

Laporan akhir siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) terhadap syarikat penerbangan patuh syariah itu telah diterima dan satu mesyuarat akan diadakan bagi memutuskan masa depan syarikat itu.

Insiden penerbangan terkandas sebelum ini.

Tinggal lagi keputusannya saja, samada syarikat penerbangan ini dapat beroperasi semula atau sebaliknya.

Rayani Air adalah satu-satunya syarikat penerbangan Malaysia yang digantung Sijil Pengendali Udaranya (AOC) di bawah Peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 1996.

#RayaniAir #Pengguna

#HabuanWanita #HabuanDuit - @rafiziramli guna Waze untuk ke pejabat @SPRMMalaysia ?

$
0
0

Ramai yang tidak menjangkakan bagaimana sebuah parti yang dilihat maksum dan suci seperti Keadilan (PKR) boleh terpalit dengan isu membabitkan soal intergriti.

Parti yang melaung-laungkan anti-rasuah dan menuduh parti lawan terutamanya UMNO dan Barisan Nasional mengamalkan rasuah dalam segala perkara kini boleh diibaratkan seperti meludah ke langit, terkena muka sendiri.


Dalam masa sama sekutu mereka DAP turut terpalit dengan isu intergriti...

Berikan sedikit ruang untuk pihak terlibat menyudahkan siasatan dalam kes pembelian banglo yang dikatakan lebih murah daripada harga pasaran di Pulau Pinang.

Fokus sekarang tertumpu di Selangor, negeri dibawah jajahan PKR menerusi Ketua Pentadbirnya, Datuk Seri Azmin Ali.

Sedia maklum, perpecahan di dalam PKR sudah lama wujud. Suasana bertambah hangat apabila pergaduhan di 'group Whatsapp' yang dikatakan ada menyentuh tentang kewujudan 'habuan perempuan' dan 'habuan duit' berlegar-legar sejak beberapa tempoh sebelum ini.

Pertengkaran yang bermula daripada perbualan Whatsapp itu kemudiannya merebak sehingga membawa ke Mesyuarat Biro Politik parti tersebut.

Dalam mesyuarat tersebut, ahli mesyuarat memutuskan agar Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Risik-risik mengatakan isteri kepada bekas Ketua Pembangkang yang kini menduduki kerusi itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sudah mengangkat tangan memberi isyarat lampu hijau untuk Rafizi membawa bahan-bahan bukti kepada SPRM.

Dalam tempoh yang sedang panas ini, apakah ada 'kelibat lembaga' yang datang menemui Rafizi supaya tidak menuruti perintah Datin Seri? Mungkin juga Rafizi atau lebih dikenali dengan nama 'sotong' ini akan bertindak u-turn dan mengatakan ia sekadar 'bergurau' sepertimana yang pernah dilakukan sebelum ini?

Sama-sama kita nantikan babak-babak seterusnya dalam adegan perebutan kuasa ini. Samada Rafizi memerlukan Waze untuk ke pejabat SPRM ataupun sebaliknya...

*Gambar di atas sekadar hiasan

MCA ramal pertambahan undi Cina di 2 PRK

$
0
0

Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak kali ke 11 baru-baru ini menyaksikan sokongan pengundi Cina di kampung dan bandar kembali kepada Barisan Nasional. Sehingga kerusi atau kubu kuat DAP di bandar berjaya dirampas.

Sokongan sama diharapkan berlaku di semenanjung pada Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak tidak lama lagi.


Kenyataan itu dinyatakan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai di Wisma MCA siang tadi.

Jelas Liow, rakyat terutamanya para pengundi di kedua-dua PRK ini sudah pasti menyedari senario politik yang sedang berlaku pada ketika ini.

Pemimpin dikalangan parti pembangkang hanya seronok merebut kepentingan peribadi berbanding membela nasib rakyat sehingga tercetusnya perpecahan dan pertelingkahan sesama mereka.

Akibat sibuk bergaduh dan merebut kuasa sehinggakan mereka lupa untuk menunaikan janji-janji yang pernah dibuat kepada rakyat sebelum ini.


"Kita berharap rakyat lebih jelas dan meneliti apa yang berlaku dalam Pakatan Harapan.

"Kita dalam Barisan Nasional (BN) pastinya sentiasa memberi komitmen dalam usaha membela nasib rakyat. Bagi PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kita menjangkakan beroleh lebih sokongan termasuk dikalangan pengundi-pengundi Cina." katanya.

Dalam sidang media sama, Liow turut mengumumkan Senator Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa PRK Sungai Besar dan peringkat kebangsaan.

Sementara ADUN Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa PRK Kuala Kangsar.

Sekali lagi Liow memberi jaminan bahawa MCA tanpa berbelah bahagi akan mengerahkan jentera mereka untuk bekerja keras serta bersama-sama dengan parti-parti komponen BN bagi mencapai kejayaan dalam dua PRK tersebut.

#PRKSungaiBesar #PRKKualaKangsar #UndilahCalonBN

Budak pandai tapi keluarga berpendapatan rendah dapat biasiswa McDonald's

$
0
0

Syukur, itu saja ungkapan yang dapat dilafazkan apabila menerima bantuan biasiswa oleh syarikat makanan terkenal McDonald's Malaysia.


Biasiswa menerusi badan amal kebajikan Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC) bertujuan membantu kanak-kanak dan golongan yang memerlukan khususnya dalam bidang pendidikan, kesihatan dan sosial.

Suara Lensa ada menyiarkan beberapa artikel berkaitan aktiviti yang dijalankan oleh RMHC sebelum ini. Pembaca boleh rujuk di ruangan label 'McDonald's' di dalam blog ini.

Penulisan kali ini, lebih tertumpu pada program biasiswa bagi tahun 2016.

Program biasiswa ini sebenarnya sudah wujud sekian lama setelah McDonald's menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan.

Secara purata, seramai 6 orang dipilih menerima biasiswa ini di setiap negeri seluruh negara.

Rata-rata daripada penerima ini merupakan pelajar-pelajar pintar sementara keluarga mereka dikalangan berpendapatan rendah.

Antara bantuan yang disalurkan McDonald's Malaysia adalah seperti pakaian, bahan-bahan bacaan ilmiah, alat tulis dan lain-lain keperluan.

Bantuan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu :

Kategori 1
Tingkatan 1 & 2
Permulaan sekolah : RM360 x 1
Bulanan : RM 50 x 12
Jumlah setahun : RM960.00

Kategori 2
Tingkatan 3 & 4
Permulaan sekolah : RM360 x 1
Bulanan : RM 70 x 12
Jumlah setahun : RM1,200.00

Kategori 3
Tingkatan 5
Permulaan sekolah : RM360 x 1
Bulanan : RM 80 x 12
Jumlah setahun : RM1,320.00

Sementara penerima-penerima biasiswa yang layak perlulah memenuhi beberapa kriteria seperti berikut :

  • Mestilah berada di tingkatan 1 Sekolah Harian pada tahun 2016.
  • Murid di Sekolah Berasrama Penuh tidak layak dicalonkan.
  • Pendapatan/gaji pokok ibubapa perajar adalah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
  • Pelajar mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Sekurang-kurangnya memperolehi 4,A’ dalam UPSR.
  • Pelajar haruslah aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah.
  • Pelajar mempunyai rekod disiplin yang baik di sekolah. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tertib oleh pihak sekolah adalah tidak layak.
  • Pelajar tidak menerima sebarang biasiswa dari organisasi lain.

Terima kasih dan penghargaan tinggi wajar diberikan kepada McDonald's Malaysia apabila sentiasa melaksanakan tanggungjawab sosial korporat  mereka tanpa gagal.


MB Pahang jawab soalan sambil bertenggek atas tangga

$
0
0

Sempoi aje Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika menjawab pertanyaan-pertanyaan langsung daripada para mahasiswa.

Beberapa keping gambar merakamkan perjalanan program sesi santai soal jawab YAB MB bersama mahasiswa-mahasiswa anak Pahang yang menuntut di sekitar Lembah Kelang.


Program ini merupakan anjuran Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) yg diketuai Ihsan Haslan. Semoga penganjuran seperti ini dapat terus menjalin dan mengeratkan lagi silaturahim anak-anak muda dengan kepimpinan negeri Pahang.




#AnakMuda

Foto - FB Mukhriz Fuad 

25 Gambar - Siri Syarahan Kepimpinan Akademi SPAD

$
0
0

Akademi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan Siri Syarahan Kepimpinan (Leadership Lecturer Series) yang kedua bertempat di Ibu Pejabat SPAD kelmarin, 26 Mei 2016.

Syarahan kali ini telah disampaikan oleh YBhg Dato Sri’ Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Syarahan yang disampaikan kali ini mengenai pengalaman beliau yang pernah terlibat di dalam sektor korporat dan kerajaan juga mengenai Prestasi Makro Ekonomi Malaysia.

Mengenai Abdul Wahid, beliau sememangnya cukup popular dikalangan sektor korporat sejak dahulu lagi.


Tidak hairanlah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada membuat 'posting' mengenai Abdul Wahid di blognya semalam yang bertajuk "Perkhidmatan Dato’ Sri Abdul Wahid Bin Omar"

Najib dalam tulisannya memberitahu tempoh perkhidmatan YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, sebagai Ahli Dewan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan tamat pada 4 Jun 2016 tidak lama lagi.

"Adalah menjadi hasrat YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid untuk hanya berkhidmat bagi satu penggal ketika beliau menerima pelantikan ini pada tahun 2013.

"Saya menerima keputusan YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid untuk kembali ke sektor korporat sebagaimana yang telah dipersetujui pada tahun 2013. Namun begitu, YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid akan terus kekal sebagai Ahli Majlis Ekonomi (Economic Council) yang dipengerusikan oleh saya pada setiap minggu." katanya.


Berbalik semula kepada penganjuran Siri Syarahan Kepimpinan Akademi SPAD, penulis sebelum ini berkesempatan menghadiri program sama pada hari pertama diperkenalkan.

Untuk makluman pembaca, Siri Syarahan Umum Akademi SPAD (PLS – Public Lecture Series) merupakan satu inisiatif SPAD bagi tujuan berkongsi maklumat berkaitan industri Pengangkutan Awam Darat (LPT – Land Public Transport) di Malaysia.

Perkongsian maklumat itu juga melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan dalam LPT termasuk pihak industri, ahli akademik, pelajar dan pengguna LPT.

PLS buat julung kalinya diadakan dengan kerjasama Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjalan dengan sempurna dan lancar dengan kehadiran peserta seramai hampir 500 orang.

Dalam program itu, Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar mengambil tempat sebagai penceramah dengan mengupas tajuk syarahan “Transformasi Pengangkutan Awam Darat di Malaysia – Sejarah, Aspirasi dan Cabaran”

Bagi penulis, dengan adanya siri syarahan seperti ini maka perjuangan membangun dan menaiktaraf sistem atau apa saja perkara berkaitan pengangkutan awam dapat dijayakan dengan baik, tersusun serta memenuhi kehendak semua pihak.
























McDonald's kenang jasa guru

$
0
0

Setiap daripada kita pasti dididik oleh insan mulia bergelar guru. Guru ada pelbagai, ibubapa di rumah juga kita gelar sebagai guru - mendidik kita dengan penuh kasih sayang.

Apa yang hendak penulis kongsikan pada penulisan kali ini ialah mengenai sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan kali ke-45yang berlangsung di Negeri Di Bawah Bayu, Sabah.


Sambutan hari guru pada tahun ini bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa" selaras dengan peranan guru yang terbukti memainkan watak penting dalam memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan.

Guru juga berperanan membangunkan negara dan mencipta pelbagai kejayaan sehingga dikagumi oleh masyarakat antarabangsa.


Dalam sambutan ini, banyak syarikat yang turut serta mengambil tempat meraikan guru-guru diseluruh negara, antaranya restoran popular McDonald's Malaysia.

Sebanyak 2,000 set hidangan McChicken dan Orange Bowl disediakan McDonald's. Selain itu McDonald's turut bersama-sama menganjurkan seminar khusus kepada guru dengan menjemput tokoh motivasi terkenal Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Membawa tajuk "Memperkasakan Guru sebagai Inspirasi Kecemerlangan Pelajar" seminar ini menjelajah ke beberapa lokasi antaranya Johor Bahru, Kuala Terengganu, Seberang Perai, Shah Alam dan Ampang.

Penglibatan McDonald's dalam hal-hal berkaitan pendidikan sememangnya diamalkan sejak sekian lama. Walaupun popular dengan kelazatan hidangan di restorannya, McDonald's tidak pernah lupa pada aktiviti-aktiviti kebajikan.


Menyebut tentang kebajikan, umum mengetahui penubuhan badan amal Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC) adalah bertujuan membantu kanak-kanak dan golongan yang memerlukan khususnya dalam bidang pendidikan, kesihatan dan sosial.

Penulis pernah menulis beberapa artikel berkaitan aktiviti-aktiviti yang dijalankan RMHC sebelum ini. Jika terlepas, pembaca boleh merujuk di ruangan label McDonald's di dalam blog ini.

Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, ternyata RMHC begitu mendekati golongan sasaran ini dan sekali lagi penghargaan wajar diberikan kepada McDonald's Malaysia yang tidak pernah lupa pada tanggungjawab sosial korporat mereka.

PRK Sungai Besar : Kenali Calon BN - Budiman Mohd Zohdi

$
0
0

Budiman Mohd Zohdi dilahirkan di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor.

Beliau merupakan :



  • Lulusan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (1998)
  • Sarjana Sains, UPM (2001)
  • Pendebat terbaik Universiti ASEAN (1996)
  • Pendebat terbaik Universiti2 Malaysia (1997)
  • Penerima Anugerah Belia Negara Selangor kategoru Kepimpinan (2011)

Budiman atau Waibi ini juga seorang blogger mindabudiman.blogspot.com , facebooker
https://m.facebook.com/BudimanMohdZohdi/ dan telah menulis beberapa buku seperti 'Seri Pengucapan Awam', 'Taman Rohani', 'Mesyuarat itu Mudah', 'Menggilap Pemidato Hebat'& 'Kuasa Propaganda'.

UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL



PRK Kuala Kangsar : Kenali Calon BN - Mastura Mohd Yazid

$
0
0

Datin Mastura Mohd Yazid merupakan :




  • Seorang peguam.
  • Isteri kepada Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar.
  • Sepanjang Allahyarham suaminya menjadi wakil rakyat penggal pertama sejak memenangi pilihanraya umum 2013, Mastura banyak memainkan peranan membantu mengurus gerak kerja di kawasan parlimen Kuala Kangsar.
  • Sebelum itu pun beliau sudah dikenali oleh orang kawasan kerana sering menyertai program politik Wan Khairil sejak dari zaman Allahyarham bergiat dalam Pemuda UMNO di situ.



UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL


Sebab 'share' aje pun ramai yang menggelabah?

Menjenguk jentera MCA #PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar

$
0
0

Sebelum melangkah jauh, mari kita semak semula jumlah pengundi Cina di dua PRK ini. Terdapat lebih 14 ribu pengundi Cina di Sungai Besar manakala 7 ribu di Kuala Kangsar.


5 Jun lalu berlangsungnya proses penamaan calon. Di Kuala Kangsar proses penamaan calon telah di adakan di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar manakala proses penamaan calon di Sungai Besar pula telah diadakan di Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam. Selangor.


PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan 4 penjuru sementara di Sungai Besar pula, 3 penjuru. Berikut senarai calon yang bertanding mewakili pasti masing-masing.

Kuala Kangsar
BN - Mastura Mohd Yazid
PAS - Najihatussalehah Ahmad
PAN - Ahmad Termizi Ramli
Bebas - Izat Bukhary Ismail Bukhary

Sungai Besar
BN - Budiman Mohd Zohdi
PAS - Abdul Rani Osman
PAN - Azhar Abdul Shukur


Melihat pada senarai calon ini, Barisan Nasional (BN) meletakkan calon UMNO bagi mewakili majoriti masyarakat Melayu di dua kawasan terbabit.

Namun yang demikian, parti komponen BN yang lain seperti MCA dan MIC kekal berdiri teguh atas nama lambang dacing sekalipun terdengar 'perbalahan' berhubung isu hudud.


Semangat bersatu padu dan setiakawan masih wujud sesama parti komponen dalam BN. Perbalahan pendapat dalam beberapa isu dibawa kepada pertemuan 4 mata bagi mencari jalan penyelesaian.

Semangat perjuangan dalam BN dapat dilihat ketika proses penamaan calon di PRK Kuala Kangsar apabila pemimpin nombor satu MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berpimpinan tangan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar mengiringi calon BN Budiman Mohd Zohdi.


Begitu juga suasana di Sungai Besar apabila rakan-rakan blogger memberitahu jentera MCA dikerah dengan begitu baik bagi membantu memenangkan calon BN, Mastura Mohd Yazid.


Melihat kepada suasana ini, dirumuskan bahawa jentera MCA akan dan telahpun bersedia menemui pengundi Cina di dua PRK ini bagi meraih undi. Semangat bersatu padu dikalangan parti komponen BN juga dilihat berupaya meyakinkan para pengundi untuk mengekalkan kerusi parlimen yang disandang oleh pemimpin BN sebelum ini.

Selamat bertugas kepada seluruh jentera BN di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar!

#UndilahCalonBarisanNasional











Kenapa perlu tolak PAN

$
0
0

Sehingga jam ini, penulis masih tidak dapat menahan gelak tentang kemarahan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) berhubung sebutan nama parti mereka.


Pengamal media diherdik semata-mata menggunakan singkatan PAN bagi merujuk parti mereka. Mereka mahu parti dengan tema warna oren itu disebut sebagai Amanah, bukannya PAN.


Pemimpin PAN ops maaf, Amanah ini seperti tidak ada perkara yang menarik untuk diperkenalkan kepada masyarakat terutamanya pengundi di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Mereka hanya sibuk dengan jenama parti yang logonya seperti ditiru bulat-bulat daripada logo orang lain.



Diketuai bekas Timbalan Presiden PAS yang kalah dalam pemilihan parti, Mohamad Sabu, PAN (singkatan ini lebih mudah) popular dengan label 'kuda tunggangan' DAP.

Peristiwa 'hijack' sidang media calon PAN oleh bossnya DAP mengingatkan penulis kepada situasi sama di PRK Teluk Intan. Calon muda berbangsa Melayu yang diberi gaji lumayan, Dyana Sofeea dipaksa kunci mulut apabila 'mikrofon'nya dirampas untuk diberikan kepada pemimpin DAP - Juga ketika dalam sidang media.

Mei 2014
Jun 2016
Mungkin ia sebagai strategi pilihanraya? Membuatkan pengundi Cina berasa yakin bahawa parti-parti seperti PAN dan PKR mengikut telunjuk DAP? DAP adalah ketua dalam Pakatan Harapan? Kuasa diktator seperti ini pastinya tidak berjaya mendapat tempat dikalangan masyarakat.

Inilah bezanya PH dengan Barisan Nasional (BN). Perjuangan BN dalam mentadbir negara bersandarkan kepada semangat hormat-menghormati dan persefahaman yang dijalin sejak sekian lama.

Berbalik semula kepada tajuk, kenapa perlu tolak PAN....

Belum lagi menjadi Ahli Parlimen, calon PAN sudah menunjukkan rasa tidak minatnya untuk membela nasib rakyat.

“Saya berjanji dihadapan presiden saya (Mohamad Sabu), di depan YB Tony Pua, YB Nurul Izzah, ketiga-tiga parti ada.. paling kurang saya akan bersama tuan-tuan puan-puan, paling kurang dua bulan sekali. Kalau saya seronok, sebulan sekali.”

Ini ungkapan oleh calon PAN di Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur di Kampung Penerangan, Sekinchan baru-baru ini dalam sesi ceramah kempennya.

Berbeza pula dengan calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang hanya memperuntukkan 2 jam sahaja untuk tidur. Selebihnya, untuk masyarakat Sungai Besar.

“Kadang-kadang saya terlelap dalam kereta sahaja bila menuju ke tempat majlis tetapi saya harus berkorban kerana amanah yang telah diserahkan oleh pucuk pimpinan parti," kata Budiman.

Jadi, ringkasan ini sudah memadai untuk membuatkan pengundi menolak parti oren, PAN.

#PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar #UndilahCalonBN

Pengundi Cina wajib tolak DAP, sokong BN

$
0
0

Parti MCA akan terus bersama-sama komponen Barisan Nasional (BN) dalam memperjuangkan nasib rakyat majmuk dalam negara ini. Pendirian ini dinyatakan dengan jelas oleh Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Justeru itu pengundi Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor kali ini dinasihati supaya terus memberi mandat dan kepercayaan kepada calon BN untuk mewakili Parlimen masing-masing.

Liow turut meminta pengundi supaya mengingati kembali peristiwa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 lepas dimana parti DAP yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat mengambil keputusan berganding dengan PAS yang pada ketika itu dilihat memperkenalkan perjuangan ekstremis.


Selepas bergabung seketika atas nama Pakatan Rakyat, mereka kemudiannya berpecah kepada Pakatan Harapan. Dulu mereka (DAP) beriya-iya merayu undi supaya menyokong PAS. Dari kawan menjadi lawan dan pengundi pula menjadi mangsanya.

Berbeza dengan parti-parti komponen BN yang sudah menjalin persepakatan sejak sekian lama tanpa berpecah-belah. Apa jua isu atau persoalan berbangkit diselesaikan melalui rundingan yang membawa kepada hasil keuntungan bersama. Begitulah prinsip parti-parti dalam BN yang sentiasa mengutamakan nasib rakyat tanpa menindas mana-mana kaum dalam negara.


Ia semakin jelas sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kuasa Putrajaya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pentadbiran 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dilaksanakan mengikut rencah moderat iaitu seimbang - tidak terlalu lemah dan tidak terlalu ekstrem.

Semalam, Najib dan Liow turun ke beberapa kawasan di Kuala Kangsar mendekati pengundi dan jentera parti. Calon BN yang bertanding diperkenalkan dengan kelayakan yang memberi keupayaan mereka mentadbir kawasan Parlimen dengan baik.


Liow kemudiannya mengetuai jentera MCA membuat lawatan ke beberapa lokasi dan menemui akar umbi parti, para pengundi serta persatuan-persatuan Cina.


Pada 18 Jun ini, para pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar diberikan sekali lagi kuasa untuk memilih wakil rakyat mereka untuk kerusi Parlimen. Pengundi disarankan supaya menjadikan calon BN sebagai pilihan muktamad.

#PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar #UndilahCalonBN

Pesanan akhir untuk pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar

$
0
0

Tempoh berkempen 2 PRK iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan tamat dalam tempoh beberapa jam saja lagi.

Calon-calon yang bertanding nampaknya menggunakan tempoh berkempen dengan sebaik mungkin sebelum menyerahkan kepada pengundi untuk menentukan siapa yang layak menjadi wakil rakyat sebagai Ahli Parlimen di kawasan tersebut.


Dalam pemerhatian penulis, parti PAS, PAN dan Bebas seperti kelam kabut dalam meyakinkan para pengundi untuk menyokong mereka. Hala tuju dalam membela rakyat di 2 kawasan itu kelihatan kabur. Tambahan pula janji-janji yang ditawarkan tidak ubah sekadar janji kosong pilihanraya semata-mata.

PAS mungkin beroleh sokongan yang lebih berbanding PAN yang didalangi DAP. Sedia maklum, DAP dianggap kumpulan yang tidak mendapat tempat di Kuala Kangsar. Tambahan pula kewujudan 37 Persatuan Orang Cina yang tampil menzahirkan sokongan kepada calon BN tanpa berselindung sudah cukup memberi mesej keras kepada parti lawan.


Keadaan ini kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai merupakan sokongan positif untuk meletakkan calon BN Mastura mengekalkan kerusi BN di Parlimen Kuala Kangsar.

"Saya percaya mereka (persatuan Cina) boleh menjadi alat kekuatan untuk BN," kata Liow.


Sementara di Sungai Besar pula, walaupun terdapat pengundi Cina yang cenderung menyokong DAP namun perwatakan calon BN Budiman yang akrab mendampingi kelompok itu mampu menggugat DAP yang bergerak dengan memakai baju PAN.

Jentera MCA yang bersama-sama turun padang mendekati masyarakat Cina sedari awal tempoh berkempen di Sungai Besar turut berjaya mengesan bau positif untuk parti BN. Pengundi Cina yang cukup mengenali Budiman tidak teragak-agak untuk menaikkan tangan simbol 'peace' - membawa maksud 2 - nombor calon BN pada kertas undi.


Pengundi Cina di Sungai Besar khususnya tidak perlu khuatir akan soal pembelaan buat mereka. Ini kerana MCA sebagai parti komponen dalam BN pastinya mampu mengangkat suara mereka terutamanya dikalangan petani dan nelayan.

Berbeza sekali dengan bahan-bahan kempen parti-parti lain seperti PAS dan PAN yang didalangi DAP. Mereka hanya banyak menabur politik kebencian sahaja. Sejak dahulu, apa saja kerajaan persekutuan lakukan pasti ditentang mereka sekalipun ia membawa manfaat buat rakyat. Ini kerana mereka cukup iri hati dengan pentadbiran kerajaan BN sejak dahulu lagi.

Ya, tidak ada kerajaan yang sempurna. Begitu juga dengan BN. Namun BN sedaya upaya menambahbaik kekurangan pentadbiran sedia ada menerusi slogan transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sememangnya menampakan hasilnya apabila begitu banyak manfaat dinikmati rakyat melalui dasar dan program yang dilaksanakan.


Sehubungan dengan itu, para pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar sekali lagi diseru supaya pulang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih. Jalankan tanggungjawab sebagai warganegara dan apa yang paling penting, buatlah pilihan bijak dengan mengundi calon BN.

Selamat mengundi!

#UndilahCalonBN



Teguh Bersama MCA - Bukan cakap kosong

$
0
0


'Stronger Together' yang di lancarkan di peringkat negeri pada Mac lalu ternyata membuahkan hasil apabila Barisan Nasional berjaya memenangi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.


Ucapan tahniah harus diberi kepada Datuk Wee Ka Siong yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jentera Pilihanraya ke-14 MCA kerana kejayaan yang dicapai BN dalam meraih sokongan kaum Cina.

Dalam melalui fasa PRK itu, jentera MCA telah dikerah untuk berganding bahu bersama parti-parti komponen dalam BN bagi memastikan kemenangan kedua-dua kawasan kekal milik BN.

MCA telah melakukan transformasi dalaman sebagai langkah yang tepat pada masanya bagi memastikan MCA terus kekal relevan dan mendapat tempat di kalangan masyarakat Cina.


Perlantikan Datuk Wee Ka Siong adalah sangat tepat sekali memandangkan di setiap Pilihan Raya Umum (PRU) beliau sentiasa ke hadapan untuk mengatur setiap strategi dan penyusunan jentera kempen. Malahan di setiap pilihanraya kecil, walaupun adakalanya BN kalah namun peningkatan sokongan BN di kalangan pengundi Cina sangat memberangsangkan.


"MCA dan Barisan Nasional (BN), kita di dalam sebuah keluarga yang sama, maka kita sama-sama memikul tugas dan tanggungjawab kerajaan. Oleh itu, walaupun MCA adalah parti untuk bangsa Cina namun ketika berkhidmat kita harus memastikan memastikan bangsa-bangsa lain mendapat perhatian yang sama," katanya.

'Stronger Together' atau Teguh Bersama merupakan fasa pertama Pelan Transformasi MCA yang diperkenalkan sebagai persediaan awal menghadapi PRU14.  Fasa kedua pula adalah  'Harnessing diversity' yang membawa maksud memanfaatkan kepelbagaian dan yang ketiganya pula memberi tumpuan kepada 10 strategi ekonominya.


Landskap politik di kalangan pengundi Cina yang telah didominasi DAP perlu diubah dan dengan strategi 'Stronger Together' MCA, akan mampu membawa rakyat Malaysia hidup bersatu menuju masa depan yang lebih maju bagi menghadapi cabaran yang mendatang.

Sesungguhnya, Datuk Wee bukanlah pemimpin politik yang sekadar bercakap tetapi beliau telah membuktikan yang beliau adalah seorang ketua yang gemar berkhidmat.

Cubaan conteng tren gagal. Syabas polis bantuan!

$
0
0

Polis Bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memberkas seorang lelaki kerakyatan Belanda yang dipercayai artis grafiti atas kesalahan menceroboh masuk ke Stesen LRT Chan Sow Lin dan cuba merosakkan tren.


Lelaki berusia 34 tahun itu, yang mengaku daripada kumpulan artis jalanan Woohoo, ditangkap pada pukul 4.30 pagi semalam (Rabu, 22 Jun) dan telah diserahkan ke Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

"Sepasukan Polis Bantuan telah memberkas lelaki berkenaan yang cuba memanjat pagar LRT di kawasan bawah Viaduct, yang terletak berhampiran Balai Polis Pudu. Tertuduh telah dibawa ke Balai Polis Pudu untuk tindakan lanjut. Ketika disoal, tertuduh mengaku bahawa dia adalah daripada Kumpulan Woohoo.

"Turut dirampas daripada beliau adalah pelbagai peralatan yang digunakan untuk tujuan grafiti. Peralatan-peralatan berkenaan termasuk tujuh bekas cat penyembur, sepasang sarung tangan dan empat anak kunci, yang menyerupai kunci pintu tren," kata jurucakap Prasarana, Encik Lim Jin Aun.

Tambah beliau, Prasarana amat kecewa dengan perbuatan tidak bertanggungjawab ini kerana tindakan sebegini bukan saja bermakna penambahan kos untuk membersihkan tren tetapi turut mengurangkan jumlah tren beroperasi untuk satu tempoh tertentu.

"Syabas kepada pasukan Polis Bantuan yang telah bertindak pantas untuk memberkas tertuduh sebelum dia dapat menjalankan tindakan tidak bertanggungjawab merosakkan tren kami. Tren-tren yang diconteng akan terpaksa dihantar untuk kerja-kerja pembersihan dan proses pengecatan semula bahagian yang terconteng. Ini bermakna jumlah tren akan kurang dalam operasi harian kami," tambah beliau.

Penjelasan CEO FGV tentang RSPO

$
0
0


Dato' Zakaria Arshad, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV menegaskan bahawa FGV masih tetap bersama dan menjadi ahli RSPO.

Ikuti penerangan ringkas Zakaria ini.


Viewing all 1319 articles
Browse latest View live